Pages

Subscribe:

Labels

Adat Pantang Larang Masyarakat Melayu


PEMBAHASAN

Adat yaitu praturan yang sudah diamalkan turun temurun(sejak dahulu kala) didalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Pantang larang  yaitu peraturan larangan bagi sesebuah kehidupan bangsa itu.Ia adalah sangat berguna bagi sama sama menjaga adat dan ketentraman hidup
Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan  masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.

Pantang larang
Sebab pantang larang wujud
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan
Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul
Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang
Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta
(a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis
ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.

Pantang larang sebelum perkahwinan
Terdapat 44 pantang larang kepada bakal pengantin. Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi apa-apa jika pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
Pantang larang
Sebab pantang larang wujud
Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.
Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama.
Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
Terdapat hadis dalam perkara ini.
Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis.
Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir(kaum lelaki).
Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
Elakkan minum minuman keras dan merokok.
Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan.
Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat.
Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
Jika telah nikah gantung maka tidak boleh bersama.
Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang.
Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar.
Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.


0 Comments:

Posting Komentar